Saturday, November 14, 2020

Suka duka 2020...

Semasa artikel ini ditulis, hanya tinggal sebulan lebih lagi, tahun 2020 akan menutup tirainya. Bila disebut tahun 2020, teringat kisah lagu "wawasan 2020" pada zamanku remaja dahulu ketika menjalani kursus BTN pada tahun 94 dan 95. Diperkirakan pada tahun 2020 Malaysia maju makmur, rakyat dalam negara berpendapatan tinggi,penduduk berkembang pada beberapa peratus setahun sehingga 2020 menjadi 70 juta orang dan negara pada masa itu mempunya industri berteknologi tinggi.

Mungkin ada benarnya perkara di atas menjadi kenyataan, dan ada juga yang tidak kesampaian.Teringat suatu perbualan dengan teman rapat di matrikulasi, Allahyarham Jesni (Al-Fatihah) yang menceritakan pada saat itu mungkin kita dah mempunyai anak nak masuk ke universiti atau anak dah ramai.. Jika Jesni masih hidup... Ya betul... anakku yang sulung kini berjaya menyabung ke matrikulasi Changloon.Sama tempat dengan bapanya! Mudahan-mudahan berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.

Disebalik kisah anak-anak, terselit peristiwa duka di sepanjang 2020. Aku pada penghujung tahun 2019 pada Disember, aku kehlangan ayah Joe@Cikgu Johalani bapa saudara dan selang 6 bulan kemudiannya isterinya Che Romah@Rahmah bt Hj Yaacob meninggal akibat ketumbuhan di kepala,  meninggalkan 2 anak.Sebelum ibu saudaraku meninggal, seorang lagi bapa saudara disebelah bapa, Hj Zakaria b Jusoh turut meninggal dunia akibat penyakit lelah. Jadi aku kehilangan 3 saudara terdekat dalam tahun ini... namun Allah swt menetapkan dalam qada dan qadar bahawa tahun ini aku juga kehilangan bapa mertuaku Nik Abdullah b Harun yang berusia 76 tahun pada Jumaat pagi, 6 November 2020. Bapa mertua yang ku panggil "Abah" sebenarnya sudah mempunyai penyakit kencing manis dan jantung yang agak serius sepanjang 2 tahun kebelakangan ini. Sepanjang 2 tahun ini kerap Abah keluar masuk wad, namun selepas menjalani pembedahan kecil akibat kencing manis, kesihatannya semakin merosot.

Aku dan isteri kerap, secara bergilir-gilir dengan adik beradik yang lain membawa Abah ke wad.Bila membawa Abah ke hospital, aku dan isteri pernah menyebut inilah ujian Allah terhadap kita. Kita berdoa untuk berpindah ke kawasan berdekatan dengan ibubapa ketika mereka masih ada. Alhamdulillah Allah swt kabulkan. Dan Allah terus menghantar Abah untuk diujinya kami berdua. Ya Allah... sepanjang setahun lebih Abah keluar masuk hospital, Allah memberikan kami peluang untuk berbakti kepada Abah... lebih-lebih lagi isteriku yang sangat prihatin kepada arwah Abah. Tidak pernah kulihat orang yang sehebat isteriku yang begitu bersemangat untuk menjaga arwah Abah dihospital sehingga terlupa untuk makan dan berehat.Perkara yang menjadi ujian padaku adalah ketika menemani Abah ke tandas hospital. Abah jatuh di dalam tandas. Aku sempat memapah Abah di dalam tandas.Kulihat Abah menangis dibahuku. Abah menangis semahunya."Both of you make me so proud".. bisik Abah ke telingaku.

Sebenarnya, bagi diriku, teringat pesanan ibu dan bapaku, jagalah ibu bapa ketika mereka masih hidup. Ingat, apa yang kita perlakukan kepada ibubapa kita, pasti anak-anak kita akan melakukan perkara yang sama. Walaupun Abah adalah ayah mertua, aku anggap ia seperti ayahku sendiri.Aku harap ketika aku meninggal kelak, anak-anakku lah yang menguruskan jenazahku dari memandikan,mengkafankan dan mengebumikan termasuklah menyembahyangkan jenazahku kelak... Ya Allah makbulkanlah doaku. Aku teringat akan sahabat yang pernah menceritakan mengenai hal yang sama. Menjaga orang tua yang sakit dan selalu ke hospital untuk medical checkup atau rutin. Insyaallah ganjaran yang besar menanti anda di dunia lagi. Abah bertuah mempunyai anak-anak yang penyayang dan sanggup menjaga Abah ketika sakit.Nik Hasni,Nik Husna,Nik Amirul Hafidza,Nik Amir dan Nik Akramin antara paling banyak menjenguk Abah...semoga anak-anakku seperti mereka jua.

Untuk titipan khas buat abah.....


Ya Allah ..Engkau ampunilah dosa2 Abahku..

Ya Allah .. Engkau Terimalah segala amal dan kebajikannya..

Ya Allah .. Engkau Terimalah segala sedekah jariahnya

Ya Allah .. Engkau Terimalah segala doa dari anak dan isterinya..

Ya Allah .. Engkau Masukkanlah roh arwah Abah ke dalam golongan orang -orang yang Engkau Kasihi dan beramal soleh.

Ya Allah .. Engkau Masukkanlah roh arwah Abah ke dalam golongan orang -orang yang Muliakan

Ya Allah .. Engkau makbulkanlah semua doa Arwah ketika beliau masih hidup

Ya Allah .. Engkau makbulkanlah doa-doa kami dan kaum kerabat kami.

Ya Allah .. Engkau jadikanlah kuburnya antara taman-taman syurgaMu

Ya Allah .. Engkau letakkan rohnya dalam burung-burung yang bertebangan di syurgaMu

Ya Allah .. Ampunilah Kami dan Ampunilah segala dosa-dosa kami.....

Amiin amiiin ya Rabb aalamiin.

Tuesday, December 18, 2018

Asyraf, Aiman dan Amni .......... you make me so proud!

Alhamdulillah .. setelah hampir 3 tahun tak menulis.. kali ini rasa amat bersemangat nak tulis.. dan memang kena tulis...

Apapun tahniah kepada anak-anak papa yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PT3. Buat Asyraaf, tahniah kerana sanggup pergi belajar al-quran dan hafal surah-surah penting serta menjadi pelajar contoh.

Buat Amni, biar pun hanya dapat 3A .. you have done a great job!! from zero to hero! dan yang paling papa bangga .. Aiman.. tahniah.. .. berjaya buat papa menangis... (habih pitis buat beli hadiah  hahaha) 10As dalam PT3... you are really amazing Aiman! InsyaAllah next year harap harap abang Asyraaf pulak cemerlang dalam SPM.



Teringat Papa pada Amni dan Aiman pada awal tahun ni, selepas ujian pertama, tiada satu subjek pun dapat A.. Amni matematik pun E..adoi, tapi Papa yakin Aiman dan Amni boleh berjaya.. fokus elok elok dalam kelas dan buat kerja rumah.

Alhamdulillah juga maklong bagi tips cara ajar anak-anak,  pagi petang siang malam dalam hanya 2 bulan terakhir sebelum exam, banyak yang dapat dipertingkatkan... tak lupa buat cikgu yang penuh komited, doa ibu dan ayah serta rakan taulan... akhirnya dapat juga mencapai keputusan yang memberangsangkan.

Tapi ingat Aiman dan Amni.... masih banyak cabaran di hadapan.... buat Aysraaf tumpu betul betul tahun ni.... Papa dan Mama sentiasa mendoakan yang terbaik!






Sunday, August 07, 2016

Sedikit Nota Catatan : Berniaga Forex? Untung atau rugi? Kenapa orang lain untung kita rugi?

Ribut tidak, angin pun tidak tiba2 terus gatal tangan nak menaip untuk catatan peribadi tetapi bersifat umum setelah bertahun2 tidak menulis di sini. Boleh juga untuk peringatan dan pedoman. Banyak bisnes sampingan yang boleh kita buat dengan hanya duduk di rumah. Menjahit, Marketing, Trading dan sebagainya tetapi bagaimana pula dengan masa? Selain masa, apakah yang kita minat. Ada orang minat niaga. Tetapi berniaga apa? Modal berapa? Ini persoalan semasa hadir sesi pertama TFS dengan Masta Khalid Hamid bertahun-tahun dulu.

Siapa yang boleh cuba berniaga FOREX?


Orang yang boleh berniaga FOREX pada saya :
1. Orang yang boleh duduk depan komputer lama2 (bukan tengok movie).
2. Orang yang suka menganalisis (tak kira apa bidang.. kalau makanan.. dia kaji kenapa makanan tu       sedap.. apa resepinya).
3. Orang yang sanggup menghadapi risiko yang sudah dijangka.( Dalam makna nih..)
4. Orang yang tak kenal erti putus asa..... walapun melebihi setahun... dan bertahun < 3 tahun...
5. Orang yang sedia untuk belajar dari kesilapan.
6. Menganalisa  setiap profit dan loss.
7. SABAR dan BERSYUKUR selalu.

Jadi tidak kira umur atau jantina... semua boleh belajar FOREX.

Minda Trader Forex.


Bermain Forex atau Berniaga Forex?

Fokuskan berniaga kerana berniaga adalah ibadah. Dan berniaga kita mencari keuntungan. Berniaga kita lebih fokus. Berniaga menyebabkan kita ada target. Dan berniaga kita sebenarnya merancang. Tatapi merancang perlulah sistematik.


Pengalaman 2 tahun pertama Trader Forex.

Saya mula mengenali FOREX melalui sahabat saya sekitar 2007/08 yang lalu. Ingat lagi masa itu broker adalah Marketiva. Hanya guna logik akal dan MACD (tak tahu apa pun MACD, tahun sebut jer pada masa tu). Lihat naik.. BUY, Turun SELL... tak ada strategi langsung..... akibatnya habis 50 dolar dalam sehari... lepas tu Deposit lagi 150 dolar.... bertahan 3 hari pastu hancur lebur akaun!

2010-2015 adalah tahun ujian.... pelbagai dugaan dan cabaran. Justeru... semangat nak cari income tambahan berkobar2.. Tetapi nak berniaga apa? Modal? Risiko?

Entah macam mana orang rumah terjumpa laman web Teknik Forek Sebenar (TFS) dari Master Sifu Khalid Hamid. Kenapa saya kerap menaik TFS? sebab ia adalah satu teknik perniagaan dalam forex yang paling masuk akal dan munasabah serta realistik... dan simple way to trade!

Tetapi adakah terus berjaya? TAK... saya ulang untuk peringatan diri TIDAK! NEHI HE! TFS memerlukan latihan dan latihan dan latihan. sampai berjaya. TFS sudah betul tetapi sikap tamak, tidak mengendahkan Money Management (MM) yang betul serta over trade menyebabkan saya GAGAL.

Apabila sudah 3 kali Margin Call selepas belajar TFS. Saya berehat. Berdoa dan menganalisa. Kenapa aku GAGAL ... rupa-rupanya ..... punca kegagalan adalah :
  • Tidak kawal emosi semasa trade.
  • Tidak menjaga MM
  • TAMAK DAN HALOBA
  • Strategi Trading sudah belajar.. tetapi tidak beramal (INI SATU KESILAPAN BESAR!!)
  • Menganggap setiap hari boleh trade atau setiap masa boleh trade.. atau setiap kali buka MT4 tangan jadi gatal nak trade. (Haduuh.. dah baca nota TFS .. tapi degil sebab profit.. han akhirnya... LOSS) 
Ketika hampir2 berputus asa.... teringat catatan dalam Al-Quran,


Dan telah terdapat larangan untuk berputus asa dalam perihal mencari rezeki di dunia serta disebabkan datangnya musibah yang menimpa.
{وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ (36) أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ} [الروم: 36، 37]
Artinya: “Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.” “Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.” QS. Ar Rum: 36-37
Dan
Artinya: “dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". QS. Yusuf: 87.

Dan
قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَحْمَةِ رَبِّهِ إِلَّا الضَّالُّونَ (56)} [الحجر: 56].
Artinya: “Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat". QS. Al Hijr: 56.

Dan
{ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللهِ أَلا إنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ } سورة البقرة 214
Artinya: “…sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” QS. Al Baqarah: 214.

Dan
{فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6)} [الشرح: 5، 6]
Artinya: “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”, “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” QS. Asy Syarh: 5-6

Ketika saat genting...  nak teruskan atau tidak... saya mengambil keputusan untuk meneruskannya belajar trading Forex kerana percaya.. tiada jalan mudah untuk berjaya. Dah Allah tidak suka bagi orang yang mudah berputus asa. Akhirnya saya menemui beberapa jawapan yang sudah pun dijawab oleh master sifu Khalid Hamid dan beberapa lagi sifu lain. Berdasarkan pengalaman jatuh bangun dalam FOREX... ada beberapa catatan yang bermanfaat untuk saya dan mungkin traders lain diluar sana..:

4 ilmu penting mesti dikuasai dan perlu dipraktikkan sentiasa :
  • Support and Resistance level mesti dilukis atau dikenal pasti.
  • Lihat di TF di Daily dan H4 untuk lihat Trend. Trend is your Friend.
  • Kuasai ilmu Candle Stick!! ia sangat mudah! saya ulang SANGAT MUDAH!
  • Pastikan trading kita sesimple mungkin.... That It!
kemudian Ilmu tambahan sebagai sokongan untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang profit adalah :
  • Fibonacci
  • Stochastic
  • MACD
nak detail pergi register kursus dengan Masta Khalid Hamid di sini. Atau mana2 guru yang terbukti berkesan dengan ilmunya. 


Berapa banyak keuntungan dari  FOREX?


Sejak belajar dengan kaedah TFS, sebenarnya ia adalah berdasarkan Price Action yang dipelori oleh Neil Fuller. Tetapi TFS telah menjadikan ia lebih mudah difahami. 90% dari trade saya mencapai profit (10 pips ke atas) tetapi terlalu fokus mengejar profit atau pips, menyebabkan 20 pips terasa begitu sedikit.. akhirnya loss atau close trade dengan 1-5 pip profit.. tak berbaloi bukan?

Setelah berbulan-bulan melihat kembali log trading saya, saya dapati:


  1. Saya mampu dapat profit 10% hingga 30% seminggu dengan mudah.. tetapi saya gagal sebab setiap hari saya trade.. nak kejar profit dan pips.
  2. Tidak meletakkan stop loss atau sayang nak close trade yang tengah loss. Ini normal rupanya tetapi boleh melingkupkan diri.
Akhirnya setelah membuat analisa berdasarkan pengalaman :


  1. Letakkan sasaran dalam bentuk pips atau profit 20-30% seminggu . CAPAI SASARAN stop trade. Tumpukan kerja lain. Jangan sesekali OVERTRADE
  2. Jaga MM. Jangan letak nilai pips yang terkeluar dari MM. Ingat tiada yang trade 100% profit , tetapi meminimakan risiko dan memaksimakan profit pasti ada banyak cara!
  3. Ini bermakna andaikan saya dapat 25% seminggu profit.... sebulan saya dapat 100% profit. tanya diri sendiri ...perniagaan apa yang bagi pulangan melebihi 10 % SEBULAN? jawapannya hampir tak ada!Tetapi FOREX ia boleh dilakukan. So JANGAN TAMAK!
  4. Setiap position trade yang dibuat pasti ada sebab... jangan main ikut rasa.... nanti binasa!
  5. Disiplinkan diri withdrawal setiap bulan atau 2 minggu 50% dari profit.


Semua di atas adalah catatan peribadi... dan ia memang terbukti boleh dicapai. Syukur Alhamdulillah ya Allah..