Lebih-lebih lagi unsur besi ada di sebut di dalam al-quran di dalah surah al-Hadid (surah besi) yang mana terjemahannya adalah seperti di bawah :
”…Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan
berbagai manfaat bagi manusia.“ (QS. Al Hadiid, 57: 25)
dan yang lebih menakjubkan besi adalah suatu unsur yang mempunyai kekuatan yang hebat hasil ciptaan Allah SWT dan dibuktikan lagi dengan kedudukan surah besi di dalam al-Quran seperti yang tercatat...
Ayat ini melibatkan dua kod matematik yang sangat menarik.
”Al Hadid“ (besi) adalah surah ke-57 di dalam Al Quran. Nilai numerik (dalam sistem
”Abjad“ Arab, setiap huruf memiliki nilai numerik)huruf-huruf dari kata ”Al Hadid“ jumlahnya sama dengan 57, iaitu nombor massa besi(ingat tak jadual berkala?). Nilai numerik (Abjad) dari kata ”Hadid“ (besi) sendiri, tanpa penambahan ”al“, jumlahnya 26, yakni nombor atom besi.
untuk rujukan sila lawati :http://www.chem-is-try.org/?sect=tabel
Sayang sekali, tempat yang sebegini besar tidak benar-benar dieksploitasi sebagai destinasi pelancongan.
Bukit Besi adalah sebuah tempat perlombongan bijih besi dan timah terbesar di Asia dan antara lombong bijih besi terbesar dunia era 1950-1960an. Ia ditutup secara rasmi pada Oktober 1970.
Satu ketika ia mampu menampung sehingga 10000 pekerja dan sekitar 20000 orang penduduk mendiami bukit besi yang pada ketika itu hanya boleh dilalui dengan kereta api.
Satu perkara yang menarik adalah Bukit Besi ditutup kerana masalah Persatuan Pekerja yang menuntut kenaikan gaji dan kemudahan lain. Tidak tahan dengan karenah serta tuntutan yang melampau EMMCO telah mengambil keputusan untuk menutup terus lombong berkenaan