Alhamdulillah .. setelah hampir 3 tahun tak menulis.. kali ini rasa amat bersemangat nak tulis.. dan memang kena tulis...
Apapun tahniah kepada anak-anak papa yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PT3. Buat Asyraaf, tahniah kerana sanggup pergi belajar al-quran dan hafal surah-surah penting serta menjadi pelajar contoh.
Buat Amni, biar pun hanya dapat 3A .. you have done a great job!! from zero to hero! dan yang paling papa bangga .. Aiman.. tahniah.. .. berjaya buat papa menangis... (habih pitis buat beli hadiah hahaha) 10As dalam PT3... you are really amazing Aiman! InsyaAllah next year harap harap abang Asyraaf pulak cemerlang dalam SPM.
Teringat Papa pada Amni dan Aiman pada awal tahun ni, selepas ujian pertama, tiada satu subjek pun dapat A.. Amni matematik pun E..adoi, tapi Papa yakin Aiman dan Amni boleh berjaya.. fokus elok elok dalam kelas dan buat kerja rumah.
Alhamdulillah juga maklong bagi tips cara ajar anak-anak, pagi petang siang malam dalam hanya 2 bulan terakhir sebelum exam, banyak yang dapat dipertingkatkan... tak lupa buat cikgu yang penuh komited, doa ibu dan ayah serta rakan taulan... akhirnya dapat juga mencapai keputusan yang memberangsangkan.
Tapi ingat Aiman dan Amni.... masih banyak cabaran di hadapan.... buat Aysraaf tumpu betul betul tahun ni.... Papa dan Mama sentiasa mendoakan yang terbaik!