Semasa artikel ini ditulis, hanya tinggal sebulan lebih lagi, tahun 2020 akan menutup tirainya. Bila disebut tahun 2020, teringat kisah lagu "wawasan 2020" pada zamanku remaja dahulu ketika menjalani kursus BTN pada tahun 94 dan 95. Diperkirakan pada tahun 2020 Malaysia maju makmur, rakyat dalam negara berpendapatan tinggi,penduduk berkembang pada beberapa peratus setahun sehingga 2020 menjadi 70 juta orang dan negara pada masa itu mempunya industri berteknologi tinggi.
Mungkin ada benarnya perkara di atas menjadi kenyataan, dan ada juga yang tidak kesampaian.Teringat suatu perbualan dengan teman rapat di matrikulasi, Allahyarham Jesni (Al-Fatihah) yang menceritakan pada saat itu mungkin kita dah mempunyai anak nak masuk ke universiti atau anak dah ramai.. Jika Jesni masih hidup... Ya betul... anakku yang sulung kini berjaya menyabung ke matrikulasi Changloon.Sama tempat dengan bapanya! Mudahan-mudahan berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.
Disebalik kisah anak-anak, terselit peristiwa duka di sepanjang 2020. Aku pada penghujung tahun 2019 pada Disember, aku kehlangan ayah Joe@Cikgu Johalani bapa saudara dan selang 6 bulan kemudiannya isterinya Che Romah@Rahmah bt Hj Yaacob meninggal akibat ketumbuhan di kepala, meninggalkan 2 anak.Sebelum ibu saudaraku meninggal, seorang lagi bapa saudara disebelah bapa, Hj Zakaria b Jusoh turut meninggal dunia akibat penyakit lelah. Jadi aku kehilangan 3 saudara terdekat dalam tahun ini... namun Allah swt menetapkan dalam qada dan qadar bahawa tahun ini aku juga kehilangan bapa mertuaku Nik Abdullah b Harun yang berusia 76 tahun pada Jumaat pagi, 6 November 2020. Bapa mertua yang ku panggil "Abah" sebenarnya sudah mempunyai penyakit kencing manis dan jantung yang agak serius sepanjang 2 tahun kebelakangan ini. Sepanjang 2 tahun ini kerap Abah keluar masuk wad, namun selepas menjalani pembedahan kecil akibat kencing manis, kesihatannya semakin merosot.
Aku dan isteri kerap, secara bergilir-gilir dengan adik beradik yang lain membawa Abah ke wad.Bila membawa Abah ke hospital, aku dan isteri pernah menyebut inilah ujian Allah terhadap kita. Kita berdoa untuk berpindah ke kawasan berdekatan dengan ibubapa ketika mereka masih ada. Alhamdulillah Allah swt kabulkan. Dan Allah terus menghantar Abah untuk diujinya kami berdua. Ya Allah... sepanjang setahun lebih Abah keluar masuk hospital, Allah memberikan kami peluang untuk berbakti kepada Abah... lebih-lebih lagi isteriku yang sangat prihatin kepada arwah Abah. Tidak pernah kulihat orang yang sehebat isteriku yang begitu bersemangat untuk menjaga arwah Abah dihospital sehingga terlupa untuk makan dan berehat.Perkara yang menjadi ujian padaku adalah ketika menemani Abah ke tandas hospital. Abah jatuh di dalam tandas. Aku sempat memapah Abah di dalam tandas.Kulihat Abah menangis dibahuku. Abah menangis semahunya."Both of you make me so proud".. bisik Abah ke telingaku.
Sebenarnya, bagi diriku, teringat pesanan ibu dan bapaku, jagalah ibu bapa ketika mereka masih hidup. Ingat, apa yang kita perlakukan kepada ibubapa kita, pasti anak-anak kita akan melakukan perkara yang sama. Walaupun Abah adalah ayah mertua, aku anggap ia seperti ayahku sendiri.Aku harap ketika aku meninggal kelak, anak-anakku lah yang menguruskan jenazahku dari memandikan,mengkafankan dan mengebumikan termasuklah menyembahyangkan jenazahku kelak... Ya Allah makbulkanlah doaku. Aku teringat akan sahabat yang pernah menceritakan mengenai hal yang sama. Menjaga orang tua yang sakit dan selalu ke hospital untuk medical checkup atau rutin. Insyaallah ganjaran yang besar menanti anda di dunia lagi. Abah bertuah mempunyai anak-anak yang penyayang dan sanggup menjaga Abah ketika sakit.Nik Hasni,Nik Husna,Nik Amirul Hafidza,Nik Amir dan Nik Akramin antara paling banyak menjenguk Abah...semoga anak-anakku seperti mereka jua.
Untuk titipan khas buat abah.....
Ya Allah ..Engkau ampunilah dosa2 Abahku..
Ya Allah .. Engkau Terimalah segala amal dan kebajikannya..
Ya Allah .. Engkau Terimalah segala sedekah jariahnya
Ya Allah .. Engkau Terimalah segala doa dari anak dan isterinya..
Ya Allah .. Engkau Masukkanlah roh arwah Abah ke dalam golongan orang -orang yang Engkau Kasihi dan beramal soleh.
Ya Allah .. Engkau Masukkanlah roh arwah Abah ke dalam golongan orang -orang yang Muliakan
Ya Allah .. Engkau makbulkanlah semua doa Arwah ketika beliau masih hidup
Ya Allah .. Engkau makbulkanlah doa-doa kami dan kaum kerabat kami.
Ya Allah .. Engkau jadikanlah kuburnya antara taman-taman syurgaMu
Ya Allah .. Engkau letakkan rohnya dalam burung-burung yang bertebangan di syurgaMu
Ya Allah .. Ampunilah Kami dan Ampunilah segala dosa-dosa kami.....
Amiin amiiin ya Rabb aalamiin.