Tuesday, November 25, 2008

Sebuah Catatan di Bukit Besi, Terengganu






Nama Bukit Besi aku rasa ramai dah yang tahu, bahkan jika kita tanya orang lama pasti kenal dan pernah dengar nama Bukit Besi.Aku masukkan dalam blog ni sebab banyak-banyak tempat bersejarah di dalam Malaysia Bukit Besi adalah umpama Bandar tinggalan purba moden yang amat luas untuk diterokai serta mempunyai banyak monumen dan tinggalan sejarah yang boleh di lihat serta diterokai.

Lebih-lebih lagi unsur besi ada di sebut di dalam al-quran di dalah surah al-Hadid (surah besi) yang mana terjemahannya adalah seperti di bawah :

”…Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan
  berbagai manfaat bagi manusia.“ (QS. Al Hadiid, 57: 25)


dan yang lebih menakjubkan besi adalah suatu unsur yang mempunyai kekuatan yang hebat hasil ciptaan Allah SWT dan dibuktikan lagi dengan kedudukan surah besi di dalam al-Quran seperti  yang tercatat... 

Ayat ini melibatkan dua kod matematik yang sangat menarik.
”Al Hadid“ (besi) adalah surah ke-57 di dalam Al Quran. Nilai numerik (dalam sistem
 ”Abjad“ Arab, setiap huruf memiliki nilai numerik)huruf-huruf dari kata ”Al Hadid“ jumlahnya  sama dengan 57, iaitu nombor massa besi(ingat tak jadual berkala?). Nilai numerik (Abjad) dari kata ”Hadid“ (besi) sendiri, tanpa penambahan ”al“, jumlahnya 26, yakni nombor atom besi.

untuk rujukan sila lawati :http://www.chem-is-try.org/?sect=tabel




Sayang sekali, tempat yang sebegini besar tidak benar-benar dieksploitasi sebagai destinasi pelancongan.

Bukit Besi adalah sebuah tempat perlombongan bijih besi dan timah terbesar di Asia dan antara lombong bijih besi terbesar dunia era 1950-1960an. Ia ditutup secara rasmi pada Oktober 1970.



Satu ketika ia mampu menampung sehingga 10000 pekerja dan sekitar 20000 orang penduduk mendiami bukit besi yang pada ketika itu hanya boleh dilalui dengan kereta api.


Satu perkara yang menarik adalah Bukit Besi ditutup kerana masalah Persatuan Pekerja yang menuntut kenaikan gaji dan kemudahan lain. Tidak tahan dengan karenah serta tuntutan yang melampau EMMCO telah mengambil keputusan untuk menutup terus lombong berkenaan 

Friday, November 21, 2008

2008 penuh warna warni


2008 bakal berakhir tak lama lagi, ada lebih kurang sebulan lebih saja lagi... terlalu banyak kenangan manis di sepanjang 2008 dan tak kurang juga yang kure manis! Dan yang paling berharga sekali ,2008 bagai "bertemu" kembali member lama walaupun tak nampak muka.. thanks buat semua yang buat forum tu!

Orang Rumah di majlis harijadi Danish Bukhari (anak Burhan)

Istana Budaya dari dalam
(jika tak disebabkan ada lawatan, entah bila akan sampai kat sini!)

mural di istana budaya
Ma dan Ayah di Majlis konvokesyen Anis

Sapa lagi , hero-hero la ni

di Majlis Konvokesyen Anis ,UKM

Tasik Puteri, Bukit Besi , Terengganu
Canon 400D, 1/16 sec,f/40 focal 18mm
Bahagian Mimbar Masjid Kristal

Masjid Kristal dari depan

Salah Satu Menara Kubah Masjid Kristal
(lihat balikan imej awan di tiang kubah masjid)
Masjid Kristal , Kuala Terengganu

Asyraaf dan Aiman di Pantai Kok , Langkawi

Pulau Redang

Air Terjun di Telaga Tujuh , Langkawi

Pulau Redang -6.50 pagi


Jeti Kuah , Langkawi
insya-allah akan dipaparkan nanti lawatan ke tempat bersejarah bukit besi (sempena menyiapkan dokumentari "Bukit Besi dalam kenangan") - yang mendapat ke -3 projek semester pelajar akhir, Syukur insya-Allah sem depan target yang lebih baik lagi!

Thursday, November 20, 2008

Potret Hari Raya



Emm .. dah lama juga tak upload imej / berita .. maklumlah sibuk.. ini pun ambil kesempatan upload kat meeting Kurikulum di  Awana Genting. Jumpa member lama lagi... batch yang sama tapi ambik major  AI. Ni adalah antara ragam budak-budak masa raya tempoh hari

Ayah Su mempamerkan aksi ketika membakar daging
(nasib baik tak berlubang baju kena arang!) 

Seronoknya main bunga api 
(Ayraaf dan sepupunya)



Amboi gumbiranyee dapat duit

Kelihatan Kak Ni dan orang rumah sedang menjamu selera






Amni la paling bertuah , banyak ang pow yang dia Pow!




Monday, October 27, 2008

asyraaf,aiman,amni dan isteri




Asyraaf dan Aiman

Amni di Majlis Konvokesyen ,UKM

Mama dan anak bongsunya

Tuesday, July 01, 2008

Merenung sebuah kehidupan


Syukur-Alhamdulillah sudah hampir 7 tahun aku membina keluarga.. Aku terasa terdetik untuk menulis sesuatu mengenai kehidupan... mungkin kerana sewaktu aku merakam gambar di atas sebuah jambatan , terlihat segerombolan kapal-kapal dan bot nelayan bersiap menuju ke laut.. terus aku terlintas.. selamatkah kepulangan mereka? Berhasilkah pulangan mereka nanti?.. dan adakah ini sebuah perjalanan mereka yang terakhir?


Ya benar.. aku harus bersyukur... dengan nikmat yang teramat banyak, aku sendiri kadangkala lupa dan leka, yang Allah s.w.t amat Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Bila melihat anak-anakku lahir tanpa sebarang kecacatan dan penyakit.. ia juga merupakan nikmat, bila aku melihat isteriku bertungkus lumus menyiapkan segala urusan anak-anak .. alangkah bahagia dan nikmatnya hidup ini, dan nikmat terbesar bagiku sebagai manusia biasa ialah aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga Islam yang mementingkan agama, yang mengajarku sembahyang,yang mengajarku berdoa, yang mengajarku untuk bersyukur, yang mengajarku untuk mengenal baik dan buruk dan segala-galanya.. ini adalah pengorbanan ibubapaku yang tak mungkin aku dapat membalas... Inilah nikmat kehidupan bagiku.. dan aku sering menanyakan adakah diriku seorang yang bersyukur ?.. Hanya padamu Allah yang dapat menilaiku.

Cuti Semester Datang Lagi!!

Cuti semester datang lagi!!.. yahooo... tapi .. apakan daya cuti kali ni tak leh gi jalan-jalan macam dulu.. sebab ... minyak naik pitih kurang!.. so apa boleh buat.. balik kampung je lahh..

Syukur balik kampung kali ni kebetulan musim durian.. memang favorite aku tu.. tetapi kena tengok jenis durian .. durian kampung (kecuali kunyit dan seangkatannya) aku tak berapa minat.. sebab bau kuat sangat.. kan dibuatnya sendawa.. pengsan orang sebelah! Alhamdulillah dapat juga merasa durian "batang mas" fuhh kena seulas dua dah cukup!.. Haa buat member (terutama sekali burhan dan isteri) gi kb terus ke pasar siti khatijah cari durian nih... gerenti puah hati!




Rupa Batang Mas lebih kure mace ni lah..





Ni sederhana tebal.. tapi dah cukup dah.. rasanya
macam kek durian masya-Allah sedap!. (bau pun tak kuat)


tapi sebelu balik kampung , aku ada berjanji dengan anak-anak nak gi camping kat jeram.. so aku bawak mereka ke satu jeram Air Menderu. Dah hampir 5 tahun kat Dungun baru aku tahu rupe-rupenya ada jeram kat sini!. .Best airnye macam air peti ais! Bersih .. tapi jalan nak ke sana.. boleh tahan!

Macam biasa le, amni ni payah sikit nak tengok kamera




Haa.. mandi puas-puas..


Syoknye mereka.. takpe papa tak mandi di air toho!














Thursday, June 12, 2008

Selamat Pengantin Baru-- Ab Aziz n Siti Farahiah




Tahniah..Tahniah !! Selamat pengantin baru semoga kekal ke anak cucu!! dari abe mi dan kak ti sekeluarga.. pssst Ngah cam mana rasanya dah jadi suami?? Abe mi harap semoga hidup sentiasa dimurahkan rezeki (Jika nak rezeki cepat.. Cepat la dapat baby!).. oh ya gambar kahwin Ngah abang dah masukkan di dalam laptop Ngah .. dan insya-Allah nanti akan dimasukkan ke dalam blog ni..

Monday, June 09, 2008

Kitaran sebuah kehidupan pt 2

Ahh.. dah gak lama aku tidak menukilkan kisah di blogku ini.. mungkin masa agak suntuk..dan kurang sesuai.. maklumlah menulis ini memerlukan penghayatan (agaknya) dan aku juga hairan dengan diriku.. memang benar aku gemar menulis tetapi menulis tentang kisah diri dan keluarga adalah pengalaman yang baru... ya... memang ada bahagian yang hanya diriku ini yang tahu... hinggakan tak tertulis di sini.. mungkin ia berkaitan dengan kata-kata puitis (Maaf aku bukannya romantik!! Maaf.. tidak sesekali!) ataupun suatu peristiwa yang memberi kesan mendalam dalam hidupku.. apa dia... shhhhhh!

Yang utama di kotak pikiranku... segalanya yang tercoret disini tidak begitu bermakna pada ketika ini... tetapi 10,20 tahun lagi atau bila tuhan memanggilku .. mungkin ini adalah kenangan paling berharga (ya lah anakku masih kecil dan belum mampu memahaminya!)

Aku cut sikit.. bermula pada tahun 1984 aku mula memasuki tadika di kampung penambang,sebuah kawasan yang terkenal dengan industri songket dan tenunan.(Saloma pernah datang sini daa!).Ibuku seorang guru dan ayahku seorang kakitangan kerajaan.1985 aku mula memasuki darjah satu di kampung yang sama dan aku masih ingat seorang pelajar (pompuan le tu!)siti fatimah namanya, menegurku "mu cino ko?" dan lantas ku menjawab "tok saya melayu lah!" Aku menggunakan perkataan "saya" sebab ibuku akan marah jika aku menngunakan perkataan "aku".. Ehh dia tanya lagi.."mok mung cino ko" ... aku terus terdiam dan balik menanyakan ibuku.. "adakah mama orang cina ?"".......

Rupa-rupanya ada kisah baru yang ku tahu.. memang susur galur keluargaku ada kahwin campur cina,melayu dan siam.. patutlah aku mata kecik aka sepet!Alhamdulillah anak-anak aku mempunyai mata macam ibunya!

Pada tahun 1987, aku berpindah ke kg wakaf stan dan belajar disitu sampai 1990. ibuku juga mengajar di sekolah yang sama... Pelbagai kisah suka duka yang masihku ingat.. kena rotanlah (kerja rumah lupa buat!), kena denda, di urat (mengorat !)dan yang masih melekat di hati... adalah cikgu bahasa malaysia.. cikgu mustapha (allahyarham) namanya ... selalu memarahi ku .. kadang-kadang tanpa sebab.. tetapi ada satu ayat yang masih aku ingat sehingga hari ini.. iaitu membuat ayat yang menggunakan perkataan "rupawan".... Aku kena berdiri atas kerusi kerana aku ntah. tiba-tiba rasa "blank" bila nak buat ayat rupawan.. baru aje nak naik atas kerusi.. ada la seorang pelajar membantu menyelesaikan membuat ayat tu... nak tahu siapa... jeng jeng jeng.. sambung pt 3 atau pt 4 atau tah pt berapa?

Friday, May 30, 2008

Member seangkatan 1.04 (Masa Matrik)..

ni adalah gambar kenangan masa aku matrik dulu, dari kiri :rosli,iswan(jika tak silap),aku,faizal,ayam (azizam kot),ah seng dan azam.. dimanakah mereka sekarang aku pun tak tahu.. harap dapat jumpa kembali...

Saturday, February 09, 2008

celoteh anak kecil dan besau!

ewah-ewah posing sakan nampak..


Ewah-ewah ingatkan anak je yang sungguh nak main..
rupanya dia sama naik!!


Aiman tersenyum simpul menaiki gondola genting highland buat pertama kali

Amboi.. syoknye naik kete kabel (kenangan di genting highland)

amni sedang naik buai, di pantai teluk lipat, dungun , terengganu

Wednesday, January 30, 2008

Koleksi kenangan hari raya 2

Tokeh bunga api tengah buat demonstrasi!




Amboi semua ready nampak kecuali Amni!

Koleksi kenangan hari raya

















Mohammad Danial Asyraf dan Nurul Amni

















Bersama Familiku
















Fuhh.. Besaunya famili!! (Rumah Mertua)