Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha..

Alhamdulillah Hari Raya Korban kembali lagi.. syukur kepada Allah s.w.t akhirnya hujan sudah berhenti bolehlah pulang ke kampung.. tapi kali ini tapa ibu dan bapa di sisi kerana sedang berada di tanah suci Mekah. Insyaallah mudah-mudahan giliranku dan isteri pula .

Hari Raya Haji tahun ini, ibadah korban dijalankan di kampungku seperti biasa cuma bermalam di rumah mertua, maklumlah saudara di KL tidak dapat pulang mungkin kerana ada urusan lain yang terpaksa disiapkan.

Hari ini berjumpa sahabat yang bersama-sama mengerjakan umrah pada Ramadhan dan bertanyakan bila nak upload gambar umrah?... Nanti dulu en Sabri... deeh!

Esok balik kampung, tak sabar rasanya nak cuti..eehh kenapalahh kepala asyik fikir nak cuti... cuti.. cuti.. alangkah bestnya ada company sendirik.. boleh cuti bila-bila masa!.. Insyaallah!

Oh ya .. terlupa terima kasih juga kepada Pn Azlin Yusuf di atas tips berguna semasa di tanah suci .. mudah mudahan Pn juga dapat menunaikan Haji pada tahun mendatang.


Masjidilharam 3.00 pg

Masjid Nabawi

Berbuka Puasa








Monday, November 23, 2009

Hujan dan kenangan

Sejuk.. dan dingin sekali hari ini... kini hujan lebat melanda lagi buat pusingan kedua, dan air semakin naik.. entah mengapa hujan kali ini mengingatkan kembali kisah silam .. mungkin kerana tidak ada perkara lain yang hendak dibuat. Buat arwah nenek dan datuk..ku sedekahkan al-Fatihah.


gambar ini adalah antara gambar kenangan termahal dalam hidup bersama dengan sepupu yang dirakam pada 1979 yang lalu di rumah nenek.Nenek talah pulang ke rahmatullah pada 1989 dan datukku pada tahun 1997. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmatNya.


Melihat lebatnya hujan, juga mengingatkan lagu Allahyarham Sudirman,Hujan. Ya. Air yang turun dengan lebat bagaikan mutiara. Air adalah sumber kehidupan. (bersambung)

Sunday, November 08, 2009

Jom ke Cameron !!!!!!!!!

Emmm... kebetulan sekarang musim hujan.. bahaya, karang tanah runtuh susah pulok .. ook (sabar) gak sekejap.. kataku kpd isteri.. jawabnya selamba... alasan le tuuuuu.. lantas aku jawab OKKKKK jom kita giiii (Dalam hati seronok jugak travel bersama keluarga bleh test power ke tidak my new car!)... hmmm sepanjang perjalanan hujan lebat dan air sedang naik di Kuala Krai berhampiran Sungai Durian... tapi alhamdulillah syukur sampai saja di Gua Musang.. Line Cleaaarrr!


wajah yang ceria .. katanya just nak tengok 2 saje.. betul ke??? Tunggu dan lihat

Betapa hebatnya Sang Pencipta..ini baru bunga.. dalam laut.. bulan.. bintang?

Aku tak suka sangat bunga-bunga ni..tapi bila sampai... tak tahann!


cantiknya..purple


Murah..murah... tapi + kos pengangkutan... sama maa


Walaupun Ros Merah cantik... aku lagi minat Ros kuning (Sayang gambar x de)







Buat-buat senyum... bila la bini aku nak balikk ni...

Ini lah wajah yang dalam keriangan eh tak penuh lagi tuuu!!!

Walau apapun.. dalam keadaan yang sanagt penat.. tetapi bila nampak diaorang gembira... aku pusa hati.. biarpun pitisku bertebangan!!! he he he