Monday, November 08, 2010

Tuesday, October 26, 2010



nurul amalin bt najmi wahidi
Posted by Picasa

Sunday, September 26, 2010

himpunan kisah Suami dan Isteri - untuk teladan..

himpunan kisah Suami dan Isteri - untuk teladan..

Salam Hari Raya.. maaf zahir batin emmm dah lama benar tak update blog.. nak kata sibuk tak jugak, tapi ... nak kata apa ya... ? Yang pasti menulis tidak semudah kata-kata, ia adalah tulus ikhlas terus dari kalbu...

Raya kali ni macam biasa cuma bertambah lagi ahli baru, si Amalin budak kecik kiut yang bertuah! Mana tidaknya dari kecik sampai sekarang susah benar nak tidur! Oh ya tulis-punya tulis .. tak sentuh pun pasal topik tadi... haa ni nak sentuh sikit .. kenapa aku nak tulis ttg bab ni??? sebab kadang-kadang bila terbaca di internet nampak sangat kaum lelaki ni banyak buat silap (betul ke?) adakah si isteri ni perfect sangat? Kadang - kadang dua-dua silap tapi tak nak mengaku taku jatuh martabat.. kalu martabak tak per gak ...

Dari kaca mata aku yang kecil ini kadang kala ada yang bahagian isteri yang terlepas pandang.. dan terus menghentam atau menyalahkan suami... adakah itu isteriku??... ( maaf tiada kene mengene dengan sesiapapun , baik hidup, mati, hilang, ghaib dan sebagainya.. Jangan mare YanG... he he )

10 Perkara Sensitif Suami dan Isteri

1. Kuasa Mengurus/ Ketua Keluarga

Kita hormat BOS TEMPAT KERJA kita, jumpa kita senyum kena marah kita angguk (diam tak menjawab) bahkan kadangkala terang terangan BOS kita buat silap dan keputusan yang dibuat TAK ADIL pulak .. tapi apa kita buat??... diam tak membantah.. mungkin jika ada pun kita dengan TERTIBNYA dan AYAT YANG BERLAPIK.. menegur BOS kita... bimbang teguran tadi MENGGURIS perasaan BOS.

Tetapi kita Tak SEDAR

BOS di rumah adalah suami kita, Suami mempunyai kuasa VETO ( Walaupun sebahagian besar daripada suami dunia moden hari ini jarang GUNA KUASA VETO) sebab apa?.. maleh nak panjang-panjang cerita.. ISTERI kadangkala menegur secara melulu (kadang-kadang depan anak atau maid .. cuba perasan... ada tak... tak ade baguih !) ISTERI dengan alasan PENAT berkerja... marah - marah .. walhal perkara yang kita marah itu sebesar bulu hidung kucing! Cuba BOS kita menegur kita.. apa jawapan kita.. adakah kita menjawab? atau dengar dan taat ?? Pendek kata sunyi sepilah buat sementara waktu...

Berapa ramaikah wanita yang bergelar ISTERI pada masa kini boleh sabar dan mentaati SUAMI?? Jangan hairan 1400 tahun dulu ... Nabi dah cakap.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

    “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaumwanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

    (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

2) Hidup yang sentiasa BERSYUKUR dan REDHA.
Hampir semua kaum HAWA sangat mencintai RUMAH / BILIK yang bersih tidak ketinggalan juga ramai kaum ADAM juga mencintai kebersihan. ISTERI boleh bergaduh hanya kerana kes tak tutup penutup ubat gigi, pinggan mangkuk tak dicuci (maid tak de la ni) , kasut balik keje tak disusun, kunci kereta letak bukan pada tempat cth di atas tv atau meja solek (bukan letak merata sampai tak jumpa!) , spender merata-rata , baju tak sangkut, kain tuala berlonggok... YANG INI kaum lelaki kena terima MEMANG SALAH ...

Tetapi ISTERI TAK SEDAR..

Suami anda kadangkala amat mengambil berat kebersihan tetapi dizahirkan pada KERETA/ MOTORSIKAL DSB, dan SUAMI biasanya amat mengambil berat keadaan ENJIN KERETA atau hobi nya yang lain, cuba ISTERI cemarkan kereta dengan buang kulit cokelat dalam kereta pastinya anda akan ditegur oleh suami tetapi percayalah LETERAN itu tidak SEPANJANG anda menegur suami yang hanya TERLUPA sangkut baju. Jika menyangkut baju adalah kerja remeh seperti membasuh kereta, apa macam kita suruh ISTERI pula yang membasuh kereta?

P/S : - Bang oi kita bukan nak tidur dalam kereta!! Kita nak tidur dalam bilik so bilik kena selalu kemas..... habis tu kita jalan kaki ke ke pejabat? Balik Kg? Keluar jalan-jalan?

    isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

    “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)


3) Jangan MEMBANDINGKAN SUAMI /ISTERI kita dengan SUAMI / ISTERI Orang Lain

Ha bab ini memang Suami dan Isteri tak suka... tapi jika ada masya Allah... jika nak bagi contoh pun jangan lah pulak terOver sangat ini tidak siap bagi nama penuh suami/isteri yang ndak dicontohi lagi...

4)Jangan melihat KELEMAHAN PASANGAN.. tetapi LIHATLAH KELEBIHAN YANG ADA PADANYA.

Ini pun betul .. Kata orang 1-2 tahun pertama perkahwinan ..perkenalan, 3-5 tahun ujian ketahanan, 5-10 tahun persefahaman dan insyaallah berkekalan. Biasanya lelaki banyak kelemahan namun kelemahan itu bukanlah penyebab nak tension . Antara penyebab Isteri jadi Tension akibat suami seperti :

1. Tak pandai pujuk anak kecik menangis.. (aku tak... heh eh he)
2. Macam biasa.. simpan barang kat lain carik kat lain...
3. Lupa basuh pinggan/gelas... (ini kes bila maid tadak..)
4. Asyik tengok tv .. anak berserabai.. tak mandi lagi
5. Bangun lewat
6. Beli barang tak bagi tau.. (Barang mahallah tu.. lebih lebih lagi guna duit pasangan)


dan penyebab Suami jadi Tension adalah :

1. Merepek yang berPanjangan (hal sama pulak tuu.. kdg2 lepas makan sambung lagi... his nasib baik bini aku tak..he he )
2. Perkara kecik .. dibesar-besarkan.....
3. Pegi outstation .. jika tak cal (lapor diri) .. dituduh pulak tak ingat, tak sayang , tak cakna dsb.. tensionnye..
4.Berjumpa kawan diluar waktu pejabat (tak lah sampai melepak lama-lama) every 15 minutes call u dimana?? Aik tak abis lagi ke..? Anak menangis tak henti-henti dsb.
5. Isteri Call suami tak angkat.... (mungkin bat abih le ni..) dah kene ...

jika ada perkara di atas terkena pada kita.. cuba-cubalah ingat benda-benda yang baik ketika hidup bersama.. takkkan lah tak dak..!

5)

Wednesday, July 14, 2010

Alangkah seronoknya jika hari-hari cutii...

Mmm cuti sekolah baru2 ni ... rancang nak ke Melaka.. sambil hantar maid pulang bercuti ke indon.. tapi tak pulang-pulang... hishhh dah 3 tahun kerja last2 buat perangaiii .. eeii geram.. aku geram.geram geram.. sabar tarik nafass... alhamdulillah lega...

Nampak gayanya .. kembali ke zaman mula-mula dulu urus sendiri anak pertama... tapi bila dah masuk 4 orang masyaallah... rasa nak pitam pun ada kalau yang sulong ok ketiga meragam.. kedua ok keempat meragam semua ok.. maknya pulak meragam..(oopss sori he he ;)

Tak apalah sementara menunggu maid baru.. aku nak cuba setakat mana boleh tahan.. anak pening x kisah,, bapaknya pening pun x apa.. tapi bila maknya pening.. semua pening... masakan x pening kain bertimbun nuuu boleh buat bukit batu belah batu bertangkup.. ..



















Wednesday, April 28, 2010

Anak oh Anak.. cepatnya diaorang membesar!

My princess

My heroes

Nurul Amalin 45 hari

Emm .. dah besar-besar belaka anak-anakku.. bila diflashback semula... macam sekelip mata.. dah almost 10 years aku berkeluarga.. syukur alhamdulillah semoga kekal bahagia ke akhir hayat.

Cerita pasal anak-anak ni... ya Allah .. rasanya berjela-jela perenggan pun tak habis untuk setiap satu.. pas tu jika 4 orang.... pasti tak tertulis! Issh tu tak termasuk si ibunya.. confirm tak boleh tulis! ( x apa sekali setahun je dia bukak blog ni!).....

Si Asyraaf dan Aiman hari - hari boxing dan main.. agaknya memang ni lah perangai bapaknya masa kecik dulu si Amni pulak suka bercerita dan merepek sebiji cam i_unya.. he he. Yang pasti anak kedua ni sensitif sikit .. kenapa ya? Anak pertama agak diam tetapi tangan asyik merayap usik adik-adik. fuh jika naik kereta pulang ke kampung .. jika tak bergoyang kereta pasti bergoyang kepala bapaknya... sampai kena stop kat stesyen minyak... tapi bila stop kereta automatik stop le persembahan diorang... hissh ni yang hangin ni!

Yang pasti inilah aku pada masa kecil dahulu, kisah lalu yang penuh dengan warna hidup, kadang kala lucu, nakal, seronok, sedih (kena rotan le tu) dan yang paling best tiada apa-apa komitmen hanya perlu buat kerja sekolah dan ke sekolah!

Aku bersyukur kerana aku mempunyai ibu dan bapa semasa kecil.. bila melihat anak-anakku.. emmm terfikir juga jika berlaku sesuatu kepada kedua ibu bapa mereka... Ya Allah selamatkanlah kami sekeluarga.. Aku tidak pernah merasai sesuatu kehilangan semasa kecil, mungkin ada sahabatku yang melaluinya... mereka pasti tabah dan cekal..

Apabila duduk bersandar (x keje le tu) kat rumah.. ingatan peristiwa lama kembali muncul kembali lebih2 lagi layan karenah si Amni...

Mujurlah masih ada sedikit gambar lama yang membuatkan aku teringat dan rindu akan saudara dan rakan-rakan, gambar yang membawa seribu makna... kadangkala aku tertanya betapa hebatnya Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya hidup dan mati, suka dan duka, kasih dan benci,sihat dan sakit , jodoh dan pertemuan, muda dan tua.. sekali fikir kehidupan ini bukanlah suatu kebetulan semata-mata , ia ketentuan illahi... kerana kita merancang tuhan yang menentukan.




Thursday, March 11, 2010

Rumah..rumah dan rumah

Heemm.... ahli keluarga pun dah ramai.. rumah pulak tak cukup ruang... actually ruang dapur dan bilik anak-anak. dah hampir 5 tahun fikir + kumpul modal (maklumlah keje gomen bukan bisnes) barulah terbuka ruang nak tambah rumah eh silap renovate rumah..

Memang betul kata member, besar atau kecil rumah kita adakah syurga kita (tapi kena kemas le) dan orang rumah pula... ruang dapurlah yang paling diberi perhatian. Untuk save bajet, segala bahan binaan aku beli sendiri dan carik sendiri.. fuhh banyak save maa, daripada tile rumah ,pasir dan simen serta atap beribu dapat save dan kebetulan jiran sebelah ada 700 keping atap yang terlebih beli ,aku beli dengan separuh harga.. banyak save wooo dan lastly .. aku cat sendiri rumah so hampir 8,000 save ! Boleh buat kitchen cabinet nih!

Walau apapun penat memang penat 30 hari duk dalam debu terperap dalam bilik habuk banyak.. alhamdulillah siap juga akhirnya!





Monday, March 01, 2010

Syukur alhamdulillah.. lahirnya Puteri Keduaku...


Nurul Amalin bt Najmi Wahidi

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan kelahiran yang dinanti-nanti Puteri Keduaku , Nurul Amalin bt Najmi Wahidi pada 28 Februari 2010 bersamaan 14 Rabiul Awal 1431 H jam 6.30 pg di Klinik Keluarga, Kuala Terengganu. Nurul Amalin seberat 4.10 kg dan tinggi 56cm, sekali gus yang paling berat dan tinggi dari abang-abang dan kakaknya yang lain.

Lega dan gembira tidak terkata kerana kini lengkaplah 2 pasang anak-anakku dan yang paling penting kesihatan isteriku dan 'orang baru' sentiasa dalam keadaan baik hendaknya. Dan yang paling utama kepada para rakan sejawat... jeng.. jeng jeng terjawab sudah segala strategi dan persiapan serta soalan yang diutarakan sejak bertahun dulu! ... dulu ada rakan kata "tak pandai" anak pertama lelaki. kedua pun lelaki.. tapi aku jawab bukan begitu... ambo rancang 2 lelaki dan 2 perempuan... dan setelah 8 tahun... ia TERBUKTI!..... har..har ... syukur alhamdulillhah. So buat rakan yang dapat 2 anak lelaki atau 2 anak perempuan.. jangan bimbang usaha tangga kejayaan! dan ..jika ditanya.. jawablah ..memang itu adalah strategi  2 lelaki 2 perempuan atau sebaliknya..insyaallah berjaya dan  selamat mencuba! 

Monday, January 25, 2010

Antara Iman , Taqwa dan Islam

Hajat di hati taknak cakap /tulis bab ini tetapi lepas melayari facebook ada rasa kecewa dan rasa sedih.. tapi semestinya ia bersifat sementara dan insyaallah masih ramai cerdik pandai di luar sana sedang 'berjuang'.

Apabila kita menyebut bab Islam, entah kenapa sesetengah daripada kita meluat mendengarnya, kononnya ekstrim,pro-Pembangkang , ketinggalan dan sebagainya. Yang sedihnya kita adalah saudara seagama dan kenapa kita perlu berbeza pendapat?

Islam meliputi cara hidup. Kita sebagai orang Islam harus memelihara kesucian agama Islam dan mengamalkan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Bila menyebut bab amalan ia berkait rapat dengan keimanan dan ketaqwaan.

Pengertian Iman adalah ikrar di dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan anggota badan . Jadi jika kita setakat mengakui kita beriman ia masih tidak cukup jika kita tidak mengamalkan suruhan Allah S.W.T.

Taqwa pula secara mudah adalah menjunjung dan melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala laranga-Nya. Firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 131:

“Dan Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu dan juga kamu supaya bertaqwa (patuh kepada Allah). dan jika kamu ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) bahawasanya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” 

Maka kita dapat melihat Taqwa itu sendiri sebenarnya bukanlan menyuruh kita "takut" tetapimenyuruh kita  menjauhi dan patuh kepada perintah Allah S.W.T.

Apabila ditanya apakah senjata yang paling bernilai di dunia menerusi facebook sahabat saya, saya berkata Iman dan Taqwa, kemudian selepas menunggu beberapa ketika datanglah komen-komen yang pada hemat saya "kurang yakin" dan "timbul rasa kurang senang" terhadap jawapan saya tadi. Ini tidak salah tetapi kenapa kita merasai begitu walhal kita adalah orang Islam? 

Lihat anggota mujahiddin di Afghanistan, Perang Lubnan (Israel dan Hizbullah), Perang di Gaza (Israel dan Hamas), Taliban , Mujahiddin di Utara Rusia (Chechnya dan Sekitarnya) logik akal kita pasti mereka tewas dengan mudah kepada musuh tetapi apa yang terjadi sebaliknya.

Ya memang benar kemenangan Mujahiddin di Afghanistan adalah bantuan Amerika (yang pada ketika itu terlibat dengan perang dingin) di mana Amerika membekalkan peluru berpandu anti pesawat kepada pejuang mujahiddin jenis stinger, namun setelah hampir 23 tahun berlalu Amerika sekali lagi datang menyerang Afghanistan ..namun adakah ia berjaya? logik akal sepatutnya bukan  sahaja mujahiddin lenyap beserta taliban, bahkan Afghanistan hancur punah ranah sama sekali! Ini adalah peranan iman dan taqwa.

Cuba kita baca sejarah islam (saya rekemen buku " Sword of Allah -Khalid Al-Walid") bagaimana umat Islam berperang dengan keadaan serba kurang sehingga menjadi serba hebat. Hanya Iman dan Taqwalah menjadi tunjang kekuatan dan senjata sulit Islam. Sebagai contoh di dalam peperangan Yarmuk tentera Islam membaca ayat dari  surah  yang bermaksud ;

"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah."(Al-baqarah:249) dan ;

Surah Al-Anfal(harta rampasan perang) dibaca setiap kali sebelum pertempuran;

sekali lagi jika kita menggunakan akal, apa kaitannya dengan surah ini? Boleh apa dengan surah ini.. Apa faedahnya?.

Saya tahu siapa saya dan tahap kesedaran Islam saya, tetapi entah kenapa hari ini rasa ingin sedikit luahan dan ingin menegur segelintir yang rasa kurang yakin. Tiada satupun fahaman di dunia ini baik Kapitalis,Nasionalis,Komunisma, Feudalisma, Ortodoks dan sebagainya membicarakan dengan lengkap mengenai 6 perkara pokok iaitu Syurga/Neraka, Hidup/Mati dan Dosa/Pahala melainkan ISLAM!

Saya juga berasa hairan bila memikirkan ada yang berfikir Islam itu sempit. Islam bukan untuk Melayu,Arab,Cina, Mat Saleh.. ia untuk semua (jangan salah tafsir PAS for All he he he) Islam itu sendiri jelas bersifat global dan praktikal. Tiada satu pun agama di dunia ini mempunyai manual lengkap mengenai cara hidup hinggalah menyentuh bab  bagaimana mencuci najis berat kecuali ISLAM!-- malang masih ada yang kurang yakin dengan Islam.

Saya teringat cerita ibu saya sewaktu ibu saya masih bersekolah mengenai seorang guru matematik bercakap mengenai Rukun Iman. Guru berkenaan berkata untuk lulus exam kita perlu dapat 50% dan ke atas. Jadi kita tak usah bimbang mengenai syurga neraka sebab kita pasti lulus. Ibu saya pun bertanya kenapa begitu? Sebab rukun iman hanya ada 5 ,kita ikut 3 pasti kita lulus! .. Inilah bahayanya akal jika tidak disandarkan iman dan taqwa.

Namun yang penting adalah bagaimana saya boleh mendekati orang yang kurang yakin itu dan menyemai kasih pada Islam dan yakin , saya juga mendoakan diri saya sendiri agar tidak tergelincir dari landasan dan membuka pintu hati bagi yang kelam. Mujurlah anak-anak didik adalah masih remaja boleh diterangkan dan berhujah.. tapi hanya Allah yang mampu membuka pintu hati mereka.

Teringat suatu kisah, ada seorang pelajar datang mengadu.. katanya dia sentiasa bernasib malang, sentiasa buat baik kepada orang, sentiasa menolong orang tetapi juga selalu bernasib malang... saya pun bertanya, mintalah doa kepada-Nya.. jawabnya : saya selalu dah minta doa kepada Allah sekali seminggu selepas solat  Jumaat. :)


Najmi Wahidi