Monday, June 09, 2008

Kitaran sebuah kehidupan pt 2

Ahh.. dah gak lama aku tidak menukilkan kisah di blogku ini.. mungkin masa agak suntuk..dan kurang sesuai.. maklumlah menulis ini memerlukan penghayatan (agaknya) dan aku juga hairan dengan diriku.. memang benar aku gemar menulis tetapi menulis tentang kisah diri dan keluarga adalah pengalaman yang baru... ya... memang ada bahagian yang hanya diriku ini yang tahu... hinggakan tak tertulis di sini.. mungkin ia berkaitan dengan kata-kata puitis (Maaf aku bukannya romantik!! Maaf.. tidak sesekali!) ataupun suatu peristiwa yang memberi kesan mendalam dalam hidupku.. apa dia... shhhhhh!

Yang utama di kotak pikiranku... segalanya yang tercoret disini tidak begitu bermakna pada ketika ini... tetapi 10,20 tahun lagi atau bila tuhan memanggilku .. mungkin ini adalah kenangan paling berharga (ya lah anakku masih kecil dan belum mampu memahaminya!)

Aku cut sikit.. bermula pada tahun 1984 aku mula memasuki tadika di kampung penambang,sebuah kawasan yang terkenal dengan industri songket dan tenunan.(Saloma pernah datang sini daa!).Ibuku seorang guru dan ayahku seorang kakitangan kerajaan.1985 aku mula memasuki darjah satu di kampung yang sama dan aku masih ingat seorang pelajar (pompuan le tu!)siti fatimah namanya, menegurku "mu cino ko?" dan lantas ku menjawab "tok saya melayu lah!" Aku menggunakan perkataan "saya" sebab ibuku akan marah jika aku menngunakan perkataan "aku".. Ehh dia tanya lagi.."mok mung cino ko" ... aku terus terdiam dan balik menanyakan ibuku.. "adakah mama orang cina ?"".......

Rupa-rupanya ada kisah baru yang ku tahu.. memang susur galur keluargaku ada kahwin campur cina,melayu dan siam.. patutlah aku mata kecik aka sepet!Alhamdulillah anak-anak aku mempunyai mata macam ibunya!

Pada tahun 1987, aku berpindah ke kg wakaf stan dan belajar disitu sampai 1990. ibuku juga mengajar di sekolah yang sama... Pelbagai kisah suka duka yang masihku ingat.. kena rotanlah (kerja rumah lupa buat!), kena denda, di urat (mengorat !)dan yang masih melekat di hati... adalah cikgu bahasa malaysia.. cikgu mustapha (allahyarham) namanya ... selalu memarahi ku .. kadang-kadang tanpa sebab.. tetapi ada satu ayat yang masih aku ingat sehingga hari ini.. iaitu membuat ayat yang menggunakan perkataan "rupawan".... Aku kena berdiri atas kerusi kerana aku ntah. tiba-tiba rasa "blank" bila nak buat ayat rupawan.. baru aje nak naik atas kerusi.. ada la seorang pelajar membantu menyelesaikan membuat ayat tu... nak tahu siapa... jeng jeng jeng.. sambung pt 3 atau pt 4 atau tah pt berapa?

No comments: