My princess
My heroes
Nurul Amalin 45 hari
Emm .. dah besar-besar belaka anak-anakku.. bila diflashback semula... macam sekelip mata.. dah almost 10 years aku berkeluarga.. syukur alhamdulillah semoga kekal bahagia ke akhir hayat.
Cerita pasal anak-anak ni... ya Allah .. rasanya berjela-jela perenggan pun tak habis untuk setiap satu.. pas tu jika 4 orang.... pasti tak tertulis! Issh tu tak termasuk si ibunya.. confirm tak boleh tulis! ( x apa sekali setahun je dia bukak blog ni!).....
Si Asyraaf dan Aiman hari - hari boxing dan main.. agaknya memang ni lah perangai bapaknya masa kecik dulu si Amni pulak suka bercerita dan merepek sebiji cam i_unya.. he he. Yang pasti anak kedua ni sensitif sikit .. kenapa ya? Anak pertama agak diam tetapi tangan asyik merayap usik adik-adik. fuh jika naik kereta pulang ke kampung .. jika tak bergoyang kereta pasti bergoyang kepala bapaknya... sampai kena stop kat stesyen minyak... tapi bila stop kereta automatik stop le persembahan diorang... hissh ni yang hangin ni!
Yang pasti inilah aku pada masa kecil dahulu, kisah lalu yang penuh dengan warna hidup, kadang kala lucu, nakal, seronok, sedih (kena rotan le tu) dan yang paling best tiada apa-apa komitmen hanya perlu buat kerja sekolah dan ke sekolah!
Aku bersyukur kerana aku mempunyai ibu dan bapa semasa kecil.. bila melihat anak-anakku.. emmm terfikir juga jika berlaku sesuatu kepada kedua ibu bapa mereka... Ya Allah selamatkanlah kami sekeluarga.. Aku tidak pernah merasai sesuatu kehilangan semasa kecil, mungkin ada sahabatku yang melaluinya... mereka pasti tabah dan cekal..
Apabila duduk bersandar (x keje le tu) kat rumah.. ingatan peristiwa lama kembali muncul kembali lebih2 lagi layan karenah si Amni...
Mujurlah masih ada sedikit gambar lama yang membuatkan aku teringat dan rindu akan saudara dan rakan-rakan, gambar yang membawa seribu makna... kadangkala aku tertanya betapa hebatnya Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya hidup dan mati, suka dan duka, kasih dan benci,sihat dan sakit , jodoh dan pertemuan, muda dan tua.. sekali fikir kehidupan ini bukanlah suatu kebetulan semata-mata , ia ketentuan illahi... kerana kita merancang tuhan yang menentukan.
No comments:
Post a Comment