Monday, July 02, 2012

Kembalinya ke Rahmatullah Moyang kepada Anak-anakku...

Tanggal hari Khamis malam Jumaat 7 Jun 2012 bersamaan 17 Rejab 1433 Hijrah , Mak @ Mak Pendek menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana sakit tua setelah agak lama terlantar dirumah di selatan Thai . Aku tidaklah mempunyai banyak maklumat mengenai ibu kepada bapa mertuaku ini, namun setiap kali musim perayaan insan yang ku panggil "Mak" ini tidak pernah jemu senyum kepadaku dan sentiasa berceloteh dengan cucu cicitnya dan walaupun singkat , agak banyak kenangan bersamanya dan syukur sempat juga dimasukkan gambarnya dalam blog ini pada tahun-tahun yang lepas.. emm .. baru tahu blog ini mempunyai erti dan nilai serta catatan hidup yang penuh makna.. walaupun ku tahu kadangkala orang yang paling hampir dengan diriku pun tidak membukanya untuk sekian lama kerana kesuntukkan masa dibebani tugas.. seperti entri-entri awalan  blog ini... ia mungkin sekadar catatan pengembara yang sekadar suka-suka, namun ia akan lebih bermakna jika insan yang dikhabarkan itu sudah tiada lagi ... menemui Pencipta.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat  dalam satu ceramah agama pada sekitar awal 90-an pernah menyebut manusia tidak gemar berbicara tentang beberapa perkara, jika dibicara pasti mengganggu keseronokkan sedia ada iaitu hal Hidup dan Mati, Hal Dosa dan Pahala dan Hal Syurga dan Neraka.

Anakku sendiri belum pernah membuka blog ini dan aku sengaja merahsiakan.. selama yang mungkin.. hanya isteriku sahaja yang ku pernah beritahu.. tapi aku yakin dia tak sempat membacanya.. kerana kesibukan dan kepenatan kerja yang melanda.. tapi aku yakin dia pasti membukanya ... dan juga sahabat handai yang dikenali serta saudara mara dan adik beradik yang lain..

Mak@Mak Pendek pada tahun 2010 sekitar 84 tahun.

Ah .. berkaitan dengan Mak , beliau memang seorang yang amat penyayang terutama sekali dengan anak dan cucu-cicitnya, tidak pernah masam mencuka, sentiasa beribadat dan ke masjid.Satu perkara lagi tidak pernah terdapat riak wajah yang kepenatan melayan karenah cucu peliharaannya.. sentiasa senyum.. senyum.. dan senyummm .. alangkah indah bagi wanita yang sentiasa senyum.. senyuman itu satu sedekah.. jika dari isteri.. pastinya lupalah segala kepenatan dan kebosanan dan segala tekanan... dan jika pula dari anak-anak lupalah kita akan kenakalannya yang memenatkan... dan jika dari rakan sekerja ... maka lupalah kita akan tekanan serta bebanan kerja dan semakin seronok untuk bekerja... dan jika dari kenalan dan sahabat handai.. terasa dihargainya nilai persahabatan dan ikatan ukhwah yang terjalin.

Aku amat mengharapkan catatan hari ini dan mendatang pasti menjadi kenangan berharga.. yang kini aku sudah berkeluarga ..perlu memandang jauh kedepan jika boleh 20 tahun ke depan sebab setiap yang berlaku dimasa hadapan boleh jadi bermula di sini..Andaikan aku menangguh membuat catatan (iya hampir 2 tahun blog tidak diupdate) tapi gambar dan kenangan .. sudah ada dan hanya perlukan masa sahaja untuk disimpan sebagai my journey of life.. sudah pasti banyaknya saat-saat bersejarah yang ditinggallkan begitu sahaja.. sayang sekali .. masa tidak dapat diputar kembali..

Bagus sekali bila melihat sahabat meletakkan tag line mengingati kematian dalam laman sosial kerana jarang ada manusia yang suka berbicara akan kematian. Bila menyebut perkataan "mati" ia sekali gus di translatekan di dalam otak sebagai nokhtah .. putus sudah... anti -klimaks kehidupan atau topik.. dan kadangkala memberi ingatan kepadaku akan bekalan akhirat... Cukupkah bekalan aku?..

Jika anakku yang membacanya maka aku harapkan mereka juga membuat catatan hidup .. sama ada yang baik atau yang memberi makna yang mendalam... kelebihan catatan adalah kerana ia boleh dibaca berulang-ulang kali.. takkan luput ... mahupun reput... dan bila membacanya kita seolah berada di sisi zaman kehidupan silam.. menikmati suasana pada ketika itu... yang boleh membuatkan tersenyum.. terfikir dan terlintas imbauan terdahulu bahkan tidak keterlaluan ingin kembali ke saat "itu". Bayangkanlah dalam surah Ar-Rahman.. yang mengisahhkan kenikmatan kehidupan di syurga yang kekal abadi, muda selama-lamanya dan menemui Nabi Muhammad S.A.W serta Allah yang Maha Pencipta..

Di akhir kalam semoga roh Mak ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang solehah , cantiknya waktu Mak meninggal di malam Jumaat, dikhabarkan oleh Abah wajah Mak yang berseri-seri seolah-olah tersenyum menghadap Illahi... kini Mak sudah menjadi kenangan..insyaallah di lain waktu kita akan berjumpa lagi Mak di alam yang kekal abadi... Al-Fatihah..
  







No comments: