Sejuk.. dan dingin sekali hari ini... kini hujan lebat melanda lagi buat pusingan kedua, dan air semakin naik.. entah mengapa hujan kali ini mengingatkan kembali kisah silam .. mungkin kerana tidak ada perkara lain yang hendak dibuat. Buat arwah nenek dan datuk..ku sedekahkan al-Fatihah.
gambar ini adalah antara gambar kenangan termahal dalam hidup bersama dengan sepupu yang dirakam pada 1979 yang lalu di rumah nenek.Nenek talah pulang ke rahmatullah pada 1989 dan datukku pada tahun 1997. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmatNya.
No comments:
Post a Comment