Alhamdulillah Hari Raya Korban kembali lagi.. syukur kepada Allah s.w.t akhirnya hujan sudah berhenti bolehlah pulang ke kampung.. tapi kali ini tapa ibu dan bapa di sisi kerana sedang berada di tanah suci Mekah. Insyaallah mudah-mudahan giliranku dan isteri pula .
Hari Raya Haji tahun ini, ibadah korban dijalankan di kampungku seperti biasa cuma bermalam di rumah mertua, maklumlah saudara di KL tidak dapat pulang mungkin kerana ada urusan lain yang terpaksa disiapkan.
Hari ini berjumpa sahabat yang bersama-sama mengerjakan umrah pada Ramadhan dan bertanyakan bila nak upload gambar umrah?... Nanti dulu en Sabri... deeh!
Esok balik kampung, tak sabar rasanya nak cuti..eehh kenapalahh kepala asyik fikir nak cuti... cuti.. cuti.. alangkah bestnya ada company sendirik.. boleh cuti bila-bila masa!.. Insyaallah!
Oh ya .. terlupa terima kasih juga kepada Pn Azlin Yusuf di atas tips berguna semasa di tanah suci .. mudah mudahan Pn juga dapat menunaikan Haji pada tahun mendatang.
Masjidilharam 3.00 pg
Masjid Nabawi
No comments:
Post a Comment