Monday, March 01, 2010

Syukur alhamdulillah.. lahirnya Puteri Keduaku...


Nurul Amalin bt Najmi Wahidi

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan kelahiran yang dinanti-nanti Puteri Keduaku , Nurul Amalin bt Najmi Wahidi pada 28 Februari 2010 bersamaan 14 Rabiul Awal 1431 H jam 6.30 pg di Klinik Keluarga, Kuala Terengganu. Nurul Amalin seberat 4.10 kg dan tinggi 56cm, sekali gus yang paling berat dan tinggi dari abang-abang dan kakaknya yang lain.

Lega dan gembira tidak terkata kerana kini lengkaplah 2 pasang anak-anakku dan yang paling penting kesihatan isteriku dan 'orang baru' sentiasa dalam keadaan baik hendaknya. Dan yang paling utama kepada para rakan sejawat... jeng.. jeng jeng terjawab sudah segala strategi dan persiapan serta soalan yang diutarakan sejak bertahun dulu! ... dulu ada rakan kata "tak pandai" anak pertama lelaki. kedua pun lelaki.. tapi aku jawab bukan begitu... ambo rancang 2 lelaki dan 2 perempuan... dan setelah 8 tahun... ia TERBUKTI!..... har..har ... syukur alhamdulillhah. So buat rakan yang dapat 2 anak lelaki atau 2 anak perempuan.. jangan bimbang usaha tangga kejayaan! dan ..jika ditanya.. jawablah ..memang itu adalah strategi  2 lelaki 2 perempuan atau sebaliknya..insyaallah berjaya dan  selamat mencuba! 

No comments: