Monday, January 25, 2010

Antara Iman , Taqwa dan Islam

Hajat di hati taknak cakap /tulis bab ini tetapi lepas melayari facebook ada rasa kecewa dan rasa sedih.. tapi semestinya ia bersifat sementara dan insyaallah masih ramai cerdik pandai di luar sana sedang 'berjuang'.

Apabila kita menyebut bab Islam, entah kenapa sesetengah daripada kita meluat mendengarnya, kononnya ekstrim,pro-Pembangkang , ketinggalan dan sebagainya. Yang sedihnya kita adalah saudara seagama dan kenapa kita perlu berbeza pendapat?

Islam meliputi cara hidup. Kita sebagai orang Islam harus memelihara kesucian agama Islam dan mengamalkan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Bila menyebut bab amalan ia berkait rapat dengan keimanan dan ketaqwaan.

Pengertian Iman adalah ikrar di dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan anggota badan . Jadi jika kita setakat mengakui kita beriman ia masih tidak cukup jika kita tidak mengamalkan suruhan Allah S.W.T.

Taqwa pula secara mudah adalah menjunjung dan melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala laranga-Nya. Firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 131:

“Dan Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu dan juga kamu supaya bertaqwa (patuh kepada Allah). dan jika kamu ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) bahawasanya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” 

Maka kita dapat melihat Taqwa itu sendiri sebenarnya bukanlan menyuruh kita "takut" tetapimenyuruh kita  menjauhi dan patuh kepada perintah Allah S.W.T.

Apabila ditanya apakah senjata yang paling bernilai di dunia menerusi facebook sahabat saya, saya berkata Iman dan Taqwa, kemudian selepas menunggu beberapa ketika datanglah komen-komen yang pada hemat saya "kurang yakin" dan "timbul rasa kurang senang" terhadap jawapan saya tadi. Ini tidak salah tetapi kenapa kita merasai begitu walhal kita adalah orang Islam? 

Lihat anggota mujahiddin di Afghanistan, Perang Lubnan (Israel dan Hizbullah), Perang di Gaza (Israel dan Hamas), Taliban , Mujahiddin di Utara Rusia (Chechnya dan Sekitarnya) logik akal kita pasti mereka tewas dengan mudah kepada musuh tetapi apa yang terjadi sebaliknya.

Ya memang benar kemenangan Mujahiddin di Afghanistan adalah bantuan Amerika (yang pada ketika itu terlibat dengan perang dingin) di mana Amerika membekalkan peluru berpandu anti pesawat kepada pejuang mujahiddin jenis stinger, namun setelah hampir 23 tahun berlalu Amerika sekali lagi datang menyerang Afghanistan ..namun adakah ia berjaya? logik akal sepatutnya bukan  sahaja mujahiddin lenyap beserta taliban, bahkan Afghanistan hancur punah ranah sama sekali! Ini adalah peranan iman dan taqwa.

Cuba kita baca sejarah islam (saya rekemen buku " Sword of Allah -Khalid Al-Walid") bagaimana umat Islam berperang dengan keadaan serba kurang sehingga menjadi serba hebat. Hanya Iman dan Taqwalah menjadi tunjang kekuatan dan senjata sulit Islam. Sebagai contoh di dalam peperangan Yarmuk tentera Islam membaca ayat dari  surah  yang bermaksud ;

"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah."(Al-baqarah:249) dan ;

Surah Al-Anfal(harta rampasan perang) dibaca setiap kali sebelum pertempuran;

sekali lagi jika kita menggunakan akal, apa kaitannya dengan surah ini? Boleh apa dengan surah ini.. Apa faedahnya?.

Saya tahu siapa saya dan tahap kesedaran Islam saya, tetapi entah kenapa hari ini rasa ingin sedikit luahan dan ingin menegur segelintir yang rasa kurang yakin. Tiada satupun fahaman di dunia ini baik Kapitalis,Nasionalis,Komunisma, Feudalisma, Ortodoks dan sebagainya membicarakan dengan lengkap mengenai 6 perkara pokok iaitu Syurga/Neraka, Hidup/Mati dan Dosa/Pahala melainkan ISLAM!

Saya juga berasa hairan bila memikirkan ada yang berfikir Islam itu sempit. Islam bukan untuk Melayu,Arab,Cina, Mat Saleh.. ia untuk semua (jangan salah tafsir PAS for All he he he) Islam itu sendiri jelas bersifat global dan praktikal. Tiada satu pun agama di dunia ini mempunyai manual lengkap mengenai cara hidup hinggalah menyentuh bab  bagaimana mencuci najis berat kecuali ISLAM!-- malang masih ada yang kurang yakin dengan Islam.

Saya teringat cerita ibu saya sewaktu ibu saya masih bersekolah mengenai seorang guru matematik bercakap mengenai Rukun Iman. Guru berkenaan berkata untuk lulus exam kita perlu dapat 50% dan ke atas. Jadi kita tak usah bimbang mengenai syurga neraka sebab kita pasti lulus. Ibu saya pun bertanya kenapa begitu? Sebab rukun iman hanya ada 5 ,kita ikut 3 pasti kita lulus! .. Inilah bahayanya akal jika tidak disandarkan iman dan taqwa.

Namun yang penting adalah bagaimana saya boleh mendekati orang yang kurang yakin itu dan menyemai kasih pada Islam dan yakin , saya juga mendoakan diri saya sendiri agar tidak tergelincir dari landasan dan membuka pintu hati bagi yang kelam. Mujurlah anak-anak didik adalah masih remaja boleh diterangkan dan berhujah.. tapi hanya Allah yang mampu membuka pintu hati mereka.

Teringat suatu kisah, ada seorang pelajar datang mengadu.. katanya dia sentiasa bernasib malang, sentiasa buat baik kepada orang, sentiasa menolong orang tetapi juga selalu bernasib malang... saya pun bertanya, mintalah doa kepada-Nya.. jawabnya : saya selalu dah minta doa kepada Allah sekali seminggu selepas solat  Jumaat. :)


Najmi Wahidi


No comments: