Monday, July 02, 2012

Kembalinya ke Rahmatullah Moyang kepada Anak-anakku...

Tanggal hari Khamis malam Jumaat 7 Jun 2012 bersamaan 17 Rejab 1433 Hijrah , Mak @ Mak Pendek menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana sakit tua setelah agak lama terlantar dirumah di selatan Thai . Aku tidaklah mempunyai banyak maklumat mengenai ibu kepada bapa mertuaku ini, namun setiap kali musim perayaan insan yang ku panggil "Mak" ini tidak pernah jemu senyum kepadaku dan sentiasa berceloteh dengan cucu cicitnya dan walaupun singkat , agak banyak kenangan bersamanya dan syukur sempat juga dimasukkan gambarnya dalam blog ini pada tahun-tahun yang lepas.. emm .. baru tahu blog ini mempunyai erti dan nilai serta catatan hidup yang penuh makna.. walaupun ku tahu kadangkala orang yang paling hampir dengan diriku pun tidak membukanya untuk sekian lama kerana kesuntukkan masa dibebani tugas.. seperti entri-entri awalan  blog ini... ia mungkin sekadar catatan pengembara yang sekadar suka-suka, namun ia akan lebih bermakna jika insan yang dikhabarkan itu sudah tiada lagi ... menemui Pencipta.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat  dalam satu ceramah agama pada sekitar awal 90-an pernah menyebut manusia tidak gemar berbicara tentang beberapa perkara, jika dibicara pasti mengganggu keseronokkan sedia ada iaitu hal Hidup dan Mati, Hal Dosa dan Pahala dan Hal Syurga dan Neraka.

Anakku sendiri belum pernah membuka blog ini dan aku sengaja merahsiakan.. selama yang mungkin.. hanya isteriku sahaja yang ku pernah beritahu.. tapi aku yakin dia tak sempat membacanya.. kerana kesibukan dan kepenatan kerja yang melanda.. tapi aku yakin dia pasti membukanya ... dan juga sahabat handai yang dikenali serta saudara mara dan adik beradik yang lain..

Mak@Mak Pendek pada tahun 2010 sekitar 84 tahun.

Ah .. berkaitan dengan Mak , beliau memang seorang yang amat penyayang terutama sekali dengan anak dan cucu-cicitnya, tidak pernah masam mencuka, sentiasa beribadat dan ke masjid.Satu perkara lagi tidak pernah terdapat riak wajah yang kepenatan melayan karenah cucu peliharaannya.. sentiasa senyum.. senyum.. dan senyummm .. alangkah indah bagi wanita yang sentiasa senyum.. senyuman itu satu sedekah.. jika dari isteri.. pastinya lupalah segala kepenatan dan kebosanan dan segala tekanan... dan jika pula dari anak-anak lupalah kita akan kenakalannya yang memenatkan... dan jika dari rakan sekerja ... maka lupalah kita akan tekanan serta bebanan kerja dan semakin seronok untuk bekerja... dan jika dari kenalan dan sahabat handai.. terasa dihargainya nilai persahabatan dan ikatan ukhwah yang terjalin.

Aku amat mengharapkan catatan hari ini dan mendatang pasti menjadi kenangan berharga.. yang kini aku sudah berkeluarga ..perlu memandang jauh kedepan jika boleh 20 tahun ke depan sebab setiap yang berlaku dimasa hadapan boleh jadi bermula di sini..Andaikan aku menangguh membuat catatan (iya hampir 2 tahun blog tidak diupdate) tapi gambar dan kenangan .. sudah ada dan hanya perlukan masa sahaja untuk disimpan sebagai my journey of life.. sudah pasti banyaknya saat-saat bersejarah yang ditinggallkan begitu sahaja.. sayang sekali .. masa tidak dapat diputar kembali..

Bagus sekali bila melihat sahabat meletakkan tag line mengingati kematian dalam laman sosial kerana jarang ada manusia yang suka berbicara akan kematian. Bila menyebut perkataan "mati" ia sekali gus di translatekan di dalam otak sebagai nokhtah .. putus sudah... anti -klimaks kehidupan atau topik.. dan kadangkala memberi ingatan kepadaku akan bekalan akhirat... Cukupkah bekalan aku?..

Jika anakku yang membacanya maka aku harapkan mereka juga membuat catatan hidup .. sama ada yang baik atau yang memberi makna yang mendalam... kelebihan catatan adalah kerana ia boleh dibaca berulang-ulang kali.. takkan luput ... mahupun reput... dan bila membacanya kita seolah berada di sisi zaman kehidupan silam.. menikmati suasana pada ketika itu... yang boleh membuatkan tersenyum.. terfikir dan terlintas imbauan terdahulu bahkan tidak keterlaluan ingin kembali ke saat "itu". Bayangkanlah dalam surah Ar-Rahman.. yang mengisahhkan kenikmatan kehidupan di syurga yang kekal abadi, muda selama-lamanya dan menemui Nabi Muhammad S.A.W serta Allah yang Maha Pencipta..

Di akhir kalam semoga roh Mak ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang solehah , cantiknya waktu Mak meninggal di malam Jumaat, dikhabarkan oleh Abah wajah Mak yang berseri-seri seolah-olah tersenyum menghadap Illahi... kini Mak sudah menjadi kenangan..insyaallah di lain waktu kita akan berjumpa lagi Mak di alam yang kekal abadi... Al-Fatihah..
  







Sunday, July 01, 2012

Lamanya Si Dia OST....

Emm .. lama juga 3 hari ni.. patutlah ... Ishh bayangkan 13 hari pergi OST kene gi kursus tinggal anak-anak dan org rumah..  kini masin mulut tiba giliran aku pulak yang kena tinggal dek orang rumah ... tak apalah moga-moga menang pertandingan nasyid tu... dan pastikan audience org pompuan jer .. aurat..he he.

Nak makan apa hari ni..? Ahh .. lama benar tak memasak... "Papa.. masak ketam pa hari ni.. lama kita tak makan ketam .. " kata yang si Amni.. ha yang sulong pulak " Kita nak makan nasik daging masak kicap.. best!"...... Ishhhhhhh .. tertelan air liur dibuatnya... mi rebus tak nak?? ... "Kita nak makan nasiii jerr" .. aii yang bongsu pun nak nasik.. ee aku dah berjaya hampir 2 minggu tak makan nasik.. nak jaga body.. nampak gaya tertewas nih baru turun hampir 6 kilo.. .... sayang niii emm tak apalah sikit ok kooot!

Ok anak-anakku .. hari ni papa masak ketam + daging lembu masak kicap special...  apalagi bebudak "Hoooreeey.." dalam hatiku.. sedap tak sedap no 2 .. yang penting mereka heppi.. aku pun lama dah tak balun ketam ni... Ehhh .. kena bagi tau org rumah dulu... "Yang.. Abg masak ketam hari ni..".. ujarku "Ooo org ost dia masak... ".. he heh heh heh.. saja nak suruh "balik cepat"....

Ok .. "Asyraaf, Aiman, Amni and Amalin.... my 4 A  here i come!!"......


Alhamdulillah siap jugak akhirnya air tangan sendiri.. tak sia-sia teman emak di dapur masa kecik-kecik.. 


  
Ni diaa Ketam Masak Kunyit Lengkuas... ha ha.. sedap ke tak tak tahu lerr.. tapi bebudak tibai semacam jer.. 

Ok .. yang.. abang simpan lerr sikit... jika tak cukup abang tambah.. see yaa! Dan abang doakan selamat tiba membawa kemenangan. Insya-Allah.




Monday, June 25, 2012

Tahukah anda, terdapat kisah yang menarik mengenai dua orang PEMUDA ansar yang menyertai peperangan Badar. Mereka adalah Muaz bin Afra' dan Auf bin Afra'. Peperangan Badar di mulai dengan perlawanan satu lawan satu di antara tentera Islam dan bukan Islam. Apabila Utbah bin Rabi'ah (seorang panglima@pembesar bukan islam) mencabar untuk beradu tenaga, mereka berdua turut keluar bersama Abdullah bin Rawahah. Ketika di dalam peperangan , Abdul Rahman bin Auf berada bersama dengan kedua pemuda ansar tersebut. Di dalam hatinya (Abdul Rahman), beliau mengharapkan orang yang berada di kiri dan kanan beliau adalah orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dalam peperangan.


Namun, sesuatu perkara telah berlaku justeru mengubah fikiran beliau. Salah seorang daripada pemuda ansar tersebut datang membisikkan sesuatu kepada Abdul Rahman supaya tidak didengari oleh pemuda yang kedua. Katanya " Wahai Pakcik, adakah Pakcik kenal Abu Jahal? Aku dengar dia adalah orang yang paling banyak menyakiti Muhammad. Tunjukkan dia kepadaku. Aku ingin membunuhnya." Begitulah kemarahan pemuda tersebut kepada orang yang telah banyak menyakiti Rasulullah yang dikasihinya. Abdul Rahman bin Auf terkejut dengan pertanyaan tersebut dan beliau berjanji untuk menunjukkan Abu Jahal kepadanya. Selepas itu, pemuda kedua juga menanyakan perkara yang sama kepada Abdul Rahman bin Auf. Pada ketika itu, Abdul Rahman bin Auf berasa lebih tenang berada di tengah-tengah pemuda tersebut.


Abu Jahal di kawal ketat oleh orang-orangnya. Abdul Rahman menunaikan janjinya dengan menunjukkan kepada dua remaja tersebut yang mana satu Abu Jahal. Belum sempat Abdul Rahman menghabiskan percakapannya, kedua-duanya sudah melompat menuju ke tempat Abu Jahal. Mereka merempuh barisan tentera bukan Islam sambil menebas kiri dan kanan dengan pedang mereka. Akhirnya, mereka berjaya sampai kepada Abu Jahal dan memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal jatuh.

Semua orang tidak menyangkakan tindakan kedua pemuda tersebut. Abu Jahal telah cedera parah namun masih lagi bernyawa. Auf bin Afra', iaitu salah seorang pemuda tersebut berada di tengah-tengah tentera bukan Islam dan telah di bunuh oleh Ikrimah(Ikrimah juga akhirnya menjadi pahlawan tentera islam bersama sahabatnya yang tidah pernah terkalah siapa lagi idolaku Pedang Allah Khalid Al Walid.. ikuti kisahnya nanti) iaitu anak Abu Jahal yang berada berhampiran dengan ayahnya. Manakala, Muaz bin Afra' (pemuda lagi satu) sempat berundur tetapi malangnya, tangan beliau terpotong dan masih tergantung di badan. Beliau membalut tangannya itu dan terus berperang. Namun, tangannya itu menganggu pergerakannya. Lantas, beliau memijak tangannya itu dengan kaki dan memutuskannya agar beliau lebih mudah bergerak. Dia terus berperang dan akhirnya syahid dalam peperangan Badar.

Begitutlah hebatnya iman pemuda-pemuda tersebut. Walaupun masih belasan tahun, namun telah memainkan peranan yang begitu penting di dalam peperangan dalam menegakkan Islam.

Siapakah Pemuda Yang Hebat Ini?.. Aku Salut!

Hari ini terbaca dari sebuah blog politik di internet.. diselitkan kisah pemuda hebat ini. Di letakkan dalam blog ini untuk diceritakan kepada anak-anak akan cabaran-cabaran pada masa hadapan. .. Oh.. teringat kisah Nabi Yusof a.s..


Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.
Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi.

Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya. Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.

Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
  • Pemimpin yang adil;
  • pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
  • seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
  • 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
  • lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
  • seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
  • dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Riwayat Muslim)

Thursday, June 14, 2012

Lama benar aliran tinta terhenti...

Syukur Alhamdulillah .. akhirnya dapat juga mengerah otak dan keringat untuk menyambung kembali catatan hidup.. setelah lama terhenti .. mujur ia bukan nokhtah akhir. Tak pernah rasa sebegini sibuk dalam tempoh perkhidmatan.. namun tak mengapa.. asalkan masih ada rasa semangat membara untuk melaksanakan kerja.

Emm .. anak-anak dah pun besar yang bongsu (masa kini) dah pun 2 tahun lebih.. petah betul dan tak makan  saman... tak tau dah nak cakap dan tegur macam mana... marah kan tak sampai hati .. anak pompuan.. org pompuan .. lain sedikit dari anak lelaki..


Ha.. bila dah senyum begini.. mau tawar hati jadinya... rasa nak marah terus U-turn jadi sayang .. eee..geram sungguh!  Ketika catatan ini ditulis , tengah mengikuti kursus infoSys di Melaka selama 2 minggu dari 11 - 22 Jun 2012 bersama teman sepengajian UUM , Fadli Saidon. Seronok juga sembang mengenai  kisah diri , rakan dan taulan  waktu belajar dulu... nak jadikan cerita .. untuk 2 minggu ni kami jadi roommate so banyaklah celoteh yang disembangkan.

Hari dah nak masuk seminggu ... kesian orang rumah jaga anak dan uruskan persekolahan... tak apalah insyaAllah besar pahalanya tu menolong suami .. sama juga ketika dia outstation.. he he. apa pun saya amat berterima "kasih" padanya kerana sentiasa menyokong  suaminya yang sentiasa kena outstation ... sokong kan..? Alah taun ini je yang sibuk.. lepas audit nanti .. mungkin redalah sikit.

Aishh.. esok sambung pulak belajar C prog dan Data Struct. Lama benar dah belajar bahasa C ni.. sejak tahun 1998 lagi.. Belajar sorting dan data struct yang dari dulu lagi .. tak berapa minat.. tak tahulah macam mana nak hadapinya esok.. harap lecturer yang ajar  esok ada faktor WoW  yang menarik segala minat untuk memberikan tumpuan sepenuhnya..